Archive for the ‘Tokoh Pilihan’ Category

Nabi Khidir

  • Jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim” juzuk ke – 15, mukasurat 135 – 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-
  • JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma’rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini”. Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).
  • Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men’claim’ telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu’amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal ‘Abidin di mana dia berpesan : “Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir”. Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu ‘alam.

Nabi Khidir (Perkongsian Ilmu dari Ulama Umara: Jazakallah Khairan Kathira)

Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar al-Arabi, Abu Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi dan lain-lain berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana firman Allah:

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

“Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi.” (al-Anbiya’: 34)

Hadith marfu’ dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.) menyatakan:

“Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka bumi.”

(Inilah juga nas yang digunakan oleh pihak yang tidak telus hatinya dan mentafsir secara harfiah menyatakan Khidir a.s. telah wafat walhal maksud hadis ini berbeza sebenarnya tafsirannya. Jika Mat Kilau dan Tok Janggut terbukti hidup lebih 100 tahun, maka bercanggahlah dengan hadis di atas. Kisah Usia Mat Kilau yang dibuktikan secara saintifik sudah cukup untuk menggambarkan bahawa tafsiran semberono mengenai hadis ini oleh mereka yang tidak percayakan kuasa Allah adalah tidak tepat sama sekali)

Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga jumhurul-‘ulama’ dan ahl al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia sebagai manusia pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai manusia. Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam pengertian hadith di atas.

Mengenai itu kami berpendapat:

1. Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian ayat al-Qur’an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu saat.

2. Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam hadith tersebut, bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk ‘bumi’ yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat hidupnya tidak dikenal orang-orang Arab.

3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-satunya orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi Khidir a.s.

4. Apa yang dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam hadith tersebut ialah: tidak ada seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu memang benar juga.

5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan orang-orang dari penduduk Eropah Timur.

Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru. 

Dari semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir a.s masih hidup; atau, ia masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat kekhususan sifatnya.

Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling di alam dunia dengan jasadnya yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian maka pendapat yang menganggap Nabi Khidir a.s. masih hidup atau telah wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya sebagai manusia, atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya. Semua riwayat mengenai Nabi Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat dengan Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi.

 

dipetik dari blog:

http://malakian.blogsome.com/2006/06/20/perihal-nabi-khidir-as

Sultan Muhammad Al-Fateh

alt

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” dalam hadis tersebut?

Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al-Fateh” iaitu yang bermaksud “pembuka” atau “penakluk” lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!” Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!” Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!” Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

– Artikel iluvislam.com

BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan. Berhijrah ke Tanah Suci Makkah Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh. Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah. Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. [Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..] Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama’ yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama’, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya. Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990 Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
  • asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
  • asy-Syaikh al ‘Alaamah al-Jalil as-Sayyid ‘Amos رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
  • asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
  • asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
  • asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
  • asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
  • asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
  • asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
  • asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
  • al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
  • asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
  • al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
  • al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
  • al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
  • al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
  • asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.

MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri. Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta’lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke’afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.

AL_HABIB ALI ZAIN AL-ABIDIN AL-JIFRI

FOUNDER AND GENERAL DIRECTOR OF TABAH FOUNDATION

DEPUTY DEAN OF DAR AL-MUSTAPHA FOR ISLAMIC STUDIES

ALI ZAIN AL-ABIDIN AL-JIFRI

Birth

Habib Ali was born in the city of Jeddah in the Kingdom of Saudi Arabia just before dawn on Friday 20th Safar 1391 AH (16th April 1971), from parents who are both descendents of Imam Hussein son of Ali, peace be upon them.

Lineage

Ali Zain al-Abidin son of Abdul-Rahman son of Ali son of Muhammad son of Alawi son of Ali son of Alawi son of Ali son of Ahmed son of Alawi son of Abdul-Rahman Mawlah al-Arsha son of Muhammad son of Abdullah al-Tarisi son of Alawi al-Khawas son of Abu Bakr al-Jifri son of Muhammad son of Ali son of Muhammad son of the Ahmed son of the al-Faqih al-Muqaddam Muhammad son of Ali son of Muhammad Sahab Murbat son of Ali Khali` Qassam son of Alawi son of Muhammad son of Alawi son of Ubaidullah son of the Ahmed al-Muhajir ila Allah (trans: the one who made an exodus to the Divine presence) son of Isa son of Muhammad al-Naqib son of Ali al-Uraidhi son of Jafar al-Sadiq son of Muhammad al-Baqir son of Ali Zain al-Abidin son of Hussein (the grandson of the Messenger of God blessings & peace be upon him) son of Ali son of Abu Taleb, may God ennoble his countenance, the husband of Fatimah al-Zahra daughter of the Messenger of God blessings & peace be upon him.

His noble mother is Marumah daughter of Hassan son of Alawi son of Hassan son of Alawi son of Ali al-Jifri.

Educational Background

He began taking knowledge from his early childhood from his first teacher, his mother’s great-aunt the scholar and knower of God Safiah daughter of Alawi son of Hassan al-Jifri, she had an immense influence on him and the direction he took in the pursuit of knowledge and spirituality.

As a continuation of the authentic methodology of receiving Sacred Knowledge, and wayfaring on the spiritual path, through an unbroken chain of masters, all the way back to the Messenger of God may God Bless him & his family and give them peace, a methodology the preservation and maintenance of which, the valley of Hadramaut and the city of Tarim are renowned, this work was continued in the intellectual Milieu of the Hejaz which became a meeting point for the Scholars of the School of Hadramaut when they were exiled from the South of Yemen during Communist Rule; he received his education in the Sacred Sciences and the Science of Spiritual Wayfaring at the hands of Scholars and Spiritual Educators, among them:

  • The Scholar and Spiritual Educator Habib Abdul-Qadir Bin Ahmad al-Saqqaf in Jeddah. With whom he studied the Authentic Hadith Compilations of Bukhari and Muslim, as well as the Revival of the Religious Sciences of Imam Ghazali and other important texts. He continued studying directly under his teacher from the age of 10 until he was 21 years of age.
  • The Scholar and Spiritual Educator Habib Ahmad Mashhur Bin Taha Al-Haddad the author of many famous books. Among the books he studied under this master was: ‘The Clarification of the Secret Knowledge known to those Brought Near to the Divine Presence’.
  • The Scholar and Master Muhammad Bin Alawi al-Maliki al-Hasani, the Hadith Master of the Two Holy Sanctuaries. Under whom he studied Hadith Terminology, Legal Principles and the Biography of the Prophet.
  • The Scholar and Educator Al-Habib Attas al-Habshi.
  • The Scholar Habib Abu Bakr al-Mashhur al-Adani, the author of numerous works.
  • The Scholar Sheikh Muhammad Ba-Sheikh.
  • He enrolled in the College of Islamic Studies in Sana’a Yemen from 1412 AH/1991 AD, until 1414 AH/1993 AD. During this time he was given the opportunity to study directly under Habib Muhammad Bin Abdullah al-Hadaar who was in his last days, so he went to the Habib’s Centre of Learning in the City of Baeda in Yemen. It was during this phase that he began to move from theoretical studies to the work of calling to God, as he benefited greatly from the late Habib Muhammad Al-Hadaar’s methodology of living his knowledge, and making it impact his reality.
  • During that phase the link between him and the Great Scholar & Educator Habib Omar Bin Muhammad Bin Salem Bin Hafiz, (who was one of the foremost people in Habib Muhammad Al-Hadaar’s Centre of Learning) was strengthened He later went to the City of Sheher to be with him.
  • He settled in Tarim in the Companionship of Habib Omar Bin Mohammed Bin Hafiz from 1993 to 2003.
Top

Professional Background

  • 1426 AH/2005 – present: General Director of Tabah Foundation.
  • 1424 AH/2003 – present: Member of the Board of Director of Dar Al-Mustapha for Islamic Studies in Tarim.
  • 1428 AH/ 2007 – present: Active member of The Royal Aal al-Bayt Foundation for Islamic Thought in Amman, Jordan.
  • 1428 AH/ 2007 – Present: Secretary General to the Board of Trustees for the Al Mahabbah Awards.
  • 1424 AH/ 2003 – Present: Member of the Board of Trustees of the European Academy for Islamic Culture and Science in Brussels, Belgium.
  • 1418 AH/1997 – Present: Visiting Lecturer (summer program) at Dar Al-Mustapha for Islamic Studies in Tarim.
Top

Achievements

  • Founding the Tabah Foundation – an organization whose remit is “the renewal of contemporary Islamic discourse to fit the needs humanity” through its three divisions: Research, Projects, and Media.
  • Producing a Media Package for a unique lecture entitled ‘So that the Religion Does not Become a Game’ which dealt with some of the crisis and tribulations of the contemporary world which are a direct result of people taking advantage of religions for their own limited ambitions, the lecture was both an analysis and a clarification.
  • Contributed to the formulation of the Open Letter to Pope Benedict XVI after his offensive lecture regarding Islam and the Prophet May God Bless him & Give him Peace, he was also one of 38 scholars who were signatories to the letter which was lofty and intellectual in its manner in the context of constructive dialogue.
  • Contributed in managing the historical project on “A Common Word” a document signed by 138 Muslims Scholars, scholars representing different sects and schools of thought as well as countries. This document was sent to Christian Leaders the world over, and received a huge and positive reaction from the Christian side.
  • Contributed to the formulation of the ‘Declaration by Muslim Religious Leaders’ issued by 42 scholars and Islamic Authorities of whom he was a member and which was in reply to the offensive Cartoons by a Danish Newspaper.
  • Founding the ‘Guidance Media’ Company and Magazine in the UK.
  • Founding the Board of Trustees for the ‘European Academy for Islamic Culture and Science’ in Brussels, Belgium.
  • Founding the ‘Noor Centre for the Preservation/Renovation, Documentation and Editing of Manuscripts’ in Tarim, Yemen.
  • Supervising the founding of Schools and Centre of Learning within and outside Yemen for the propagation of an authentic methodology for the dissemination of knowledge, education and spiritual training.
Top

Activities and Travels

He has given classes for teaching, guidance, advice, in order to awaken people to their responsibilities, and to call people to God in many countries, he began in 1412 AH/1991 AD in the towns and villages of Yemen. He started his overseas journeys in 1414 AH/1993 AD which still continue to this day, and which have included the following countries:

  • Arab Countries: UAE, Jordan, Bahrain, Saudi Arabia, Sudan, Syria, Oman, Qatar, Kuwait, Lebanon, Libya, Egypt, Morocco, Mauritania, the Comoros Islands, and Djibouti.
  • Asian Countries: Indonesia, Malaysia, Singapore, India, Bangladesh, and Sri Lanka.
  • African Countries: Kenya, and Tanzania.
  • European Countries: Great Britain, Germany, France, Belgium, Holland, Ireland, Denmark, Bosnia & Herzegovina, and Turkey.
  • USA: 3 trips the first of which was in 1419 AH/1998 AD, the second was in1422 AH/2001 AD, and the third of which was in 1423 AH/2002 AD, in addition to which he also visited Canada.
Top

External Lectures

Has delivered a number of lectures of concern to humanity at large throughout the world including:

  • Lecture at Santa Clara University.
  • Lecture at San Diego University.
  • Lecture at the University of Miami.
  • Lecture at the University of Southern California USC in L.A.
  • Lecture at S.O.A.S in London.
  • Two Lectures at the Wembley Conference Centre in London.
  • A number of lectures as part of the Radical Middle Way Project in different parts of the UK.
  • A presentation at the House of Lords in London.
  • Nearly 300 lectures and series of sessions on cassettes, CDs, and DVDs.
Top

Conferences and Forums

Participated in the following:

  • Conference on A Common Word in London and Cambridge 12-15 October 2008.
  • Conference on A Common Word at Yale University in conjunction with Princeton and Georgetown Universities 24-31 July 2008.
  • Conference of the Global Centre for Renewal and Guidance held in Nouakchott, Mauritania March 2008.
  • Conference on the Middle Way in Amman, Jordan 2007.
  • Conference of Judges in Amman, Jordan 2007.
  • Conference of the Love of the Quran, Dead Sea, Jordan 2007.
  • 11th annual Conference on ‘Dialogue and Understanding’ in Paris, France 1427 AH/2006.
  • 7th annual forum entitled ‘the Quran a Doctrine and Way of Life’ in Frankfurt, Germany 1426 AH/2005.
  • Conference on Guidance, in Sana, Yemen 2004.
  • Participated in ‘Symposium on Islamic Unity’ in Damascus 1425 AH/2004.
  • Participated in ‘the Forum for the Callers to Islam’ in Beirut 1425 AH/2004.
  • Participated in the Conference on ‘the Guidance of the Prophet’ in Abu Dhabi 1425 AH/ 2004.
  • Participated in the Conference on ‘Unity for the Sake of Peace’ in Sri Lanka 1424 AH/2003.
  • Participated in ‘the Forum on Minority Culture from a Western and Islamic Perspective – Understanding and Practice’ in Paris, France 1424 AH/2003.
  • Symposium for Muslim Scholars in Tarim, Yemen 2002.
  • Conference on ‘the Etiquettes of Disagreement’ in Sri Lanka 1422 AH/2001.
Top

Television Programs

  • Program entitled ‘the Spiritual Aspirant’ on the Mihwar Channel (Spirituality) 30 parts.
  • Program entitled ‘Al-Mizan’ on Iqra, (Thought) over 100 produced.
  • Program entitled ‘the Way to God’ on Dream 2 (Spirituality) 43 produced.
  • Program entitled ‘Intellectual Dialogue’ on Dream 2 and on Aqariya (Thought) 30 parts.
  • Program entitled ‘the Friday Meeting’ on Dream 2 (Thought) 6 produced.
  • Program entitled ‘Alive in our Hearts’ on Dream 2 (Biography of the Prophet and Description of his outward form and character).
  • Program entitled ‘Journey of Faith’ on Mihwar (Spirituality).
  • Program entitled ‘the World View of Islam’ with Dr. Ahmad Omar Hashem on the 1st Egyptian Channel and on Mihwar (Thought) 14 parts.
  • Program entitled ‘they Love Him (i.e. God) and He Loves them’ with Sheikh Ali Abu Hasan on the Risalah Channel (Spirituality).
  • Program entitled ‘For the sake of His (i.e. God’s) Love’ on Emirates channel (Spirituality and the Jurisprudence of Alms) 30 parts.
  • Program entitled ‘Gathering of Mustapha’ on the Yemeni Channel (an Analytical study of the Prophet Muhammad’s Biography) 30 parts.
  • Various Debates Programs: (‘Lights’ on Al-Arabia, Shariah and Life on Jazeera, ‘Hot Topic of Debate’ on Abu Dhabi TV, Cairo Today on Al-Yawm Orbit, ‘On Air’ on Safwa Orbit), and ‘Reminder’ on the Emirates Channel.
  • Program on the Virtues and Characteristics of the Prophet Muhammad on the Iqra Channel.
  • Program on the Biography of the Prophet Mohammed on the Dubai Channel 6 parts.
  • Program entitled ‘Insinuations/Whispers’ on the Qatar Channel.